BAB 10 : Cabaran Profesionalisme Keguruan 10.1 Isu dan Cabaran Profesionalisme Keguruan Cabaran Guru Kejayaan dan keberkesanan pendidikan banyak berkait rapat dengan kesedaran, keinsafan dan tanggungjawab guru sebagai pendidik, di samping mempunyai kelengkapan keilmuan yang cukup dan sahsiah luhur. Segala panduan dan kemahiran disertai keluhuran budi serta peribadi tidak terpisah daripada seseorang guru. Begitulah sewajarnya guru sebagai pendidik yang berkesan. Mereka adalah contoh dan teladan untuk murid, pelajar dan masyarakat. Kini, zaman semakin mencabar. Bebanan guru makin besar yang menuntut kesabaran serta ketanggungjawaban yang amat hebat. Kalau dulu guru sering diagung-agungkan dan disanjungi sebagai insan yang terhormat oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat seluruhnya. Namun hari ini sering kita dengar sebahagian besar pelajar sekolah tidak menghormati guru mereka. Guru-...
Catatan
Tunjukkan catatan dari April, 2019
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
BAB 10 : Cabaran Profesionalisme Keguruan 10.1 Isu dan Cabaran Profesionalisme Keguruan Guru Pendidikan Khas Pendidikan khas di Malaysia telah mendapat perhatian semua pihak apabila Akta Pendidikan 1996 menyatakan, program pendidikan khas di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan layak diikuti oleh murid dengan keperluan khas yang boleh dididik, iaitu; “Jika dia mampu menguruskan diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan disahkan oleh suatu panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai daripada Kementerian Pendidikan dan pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikut program pendidikan kebangsaan.” Sehubungan dengan itu, pendidikan khas di Malaysia pada masa kini adalah di bawah tanggungjawab empat kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia. Kementerian Pembangunan ...
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
BAB 10 : Cabaran Profesionalisme Keguruan 10.1 Isu dan Cabaran Profesionalisme Keguruan Guru Permulaan Guru permulaan ialah guru baru yang dilatih di Institusi Pendidikan Guru dengan kursus perguruan yang telah ditentukan. Mengikut pekeliling perkhidmatan KPM Bil: 1/1987, guru permulaan didefinisikan sebagai guru baru yang terlatih dan berkhidmat antara 1-3 tahun dalam tempoh percubaan dan belum disahkan lagi dalam jawatan. Guru permulaan yang baik ialah guru baru yang mempunyai etika kepimpinan yang berkualiti dalam pengajaran, pembelajaran, kepimpinan, perlakuan dan personaliti. Ciri-ciri Guru Permulaan Memahami isi kandungan mata pelajaran/ opsyen Memahami perkembangan pembelajaran pelajar Memahami konsep kepelbagian pelajar Memiliki kemahiran berkomunikasi yang berkesan Merancang pengajaran (sebelum, semasa dan selepas mengajar) Mempunyai strategi pengajaran Mempunyai kemahiran untuk menilai dan mentaksir pelajar Meningkatkan pembela...
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
BAB 10 : Cabaran Profesionalisme Keguruan 10.1 Isu dan Cabaran Profesionalisme Keguruan Kecekapan Guru Bimbingan dan Kaunseling Guru kaunseling atau pun dikenali sebagai kaunselor di sekolah mempunyai bidang tugas yang berbeza b erbanding dengan guru biasa. Kaunselor di sekolah berperanan besar dalam agenda pendidikan negara. Kaunselor sekolah dilihat sebagai salah satu agen utama dalam melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dan harmonis seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara. Dewasa ini, kita sering dikejutkan dengan banyak masalah disiplin yang melanda pelajar sekolah contohya seperti masalah buli yang membawa maut, masalah-masalah sosial seperti lepak, seks bebas dan banyak lagi masalah yang berlaku semakin berleluasa di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Oleh itu, perkhidmatan kaunselor di sekolah amatlah diperlukan kerana bersesuaian dengan perubahan hidup yang dialami oleh pelajar sekolah iaitu mengalami perubahan dari...
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
BAB 10 : Cabaran Profesionalisme Keguruan 10.1 Isu dan Cabaran Profesionalisme Keguruan Kompetensi Dalam Pengajarandan Pembelajaran Kompetensi bermaksud kemampuan atau kecekapan seseorang individu dalam melakukan sesuatu tugasan. Ini merujuk kepada kemampuan seseorang dalam melaksanakan sesuatu yang diperolehi melalui pendidikan dan juga merujuk kepada prestasi dan perbuatan yang rasional untuk memenuhi spesifikasi tertentu di dalam pelaksanaan tugas-tugas pendidikan (Fauzi, 2008). Guru-guru perlu kompeten semasa pengajaran supaya objektif pembelajaran yang membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan menguasai kemahiran serta berfikiran kreatif dan inovatif dapat dicapai. Mok (2003) pula berpendapat bahawa guru yang kompeten dalam pengajaran mempunyai pengetahuan dalam menyampaikan isi pengajaran di bilik darjah secara tersusun dan bersistematik. Malahan, guru juga berupaya untuk menggunakan Alat Bahan Bantu Mengajar (AB...
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
BAB 10 : Cabaran Profesionalisme Keguruan 10.1 Isu dan Cabaran Profesionalisme Keguruan Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Sumber : Harian Metro Penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan kini telah menjadi suatu yang penting dan sangat memerlukan. Teknologi maklumat juga dapat membantu manusia memudahkan melakukan sesuatu perkara dalam kehidupan seharian. Penggunaan teknologi pada abad ke-21 ini semakin meluas sama ada dalam bidang perniagaan, pembangunan malah kini yang menjadi tumpuan adalah penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan. Kerajaan kini memandang serius dan mengambil berat berkenaan pengintegrasian teknologi maklumat dalam pendidikan melalui mata pelajaran yang diajar. Dengan penggunaan teknologi maklumat secara menyeluruh mampu meningkatkan tahap kemahiran pelajar-pelajar untuk mendapat maklumat dengan berkesa n. Hjetland ( 19 95) menyatakan bahawa “ Technology can make our lives easier. E...