BAB 10 : Cabaran Profesionalisme Keguruan

10.1 Isu dan Cabaran Profesionalisme Keguruan

     Kompetensi Dalam Pengajarandan Pembelajaran


   Kompetensi bermaksud kemampuan atau kecekapan seseorang individu dalam melakukan sesuatu tugasan. Ini merujuk kepada kemampuan seseorang dalam melaksanakan sesuatu yang diperolehi melalui pendidikan dan juga merujuk kepada prestasi dan perbuatan yang rasional untuk memenuhi spesifikasi tertentu di dalam pelaksanaan tugas-tugas pendidikan (Fauzi, 2008). Guru-guru perlu kompeten semasa pengajaran supaya objektif pembelajaran yang membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan menguasai kemahiran serta berfikiran kreatif dan inovatif dapat dicapai.


   Mok (2003) pula berpendapat bahawa guru yang kompeten dalam pengajaran mempunyai pengetahuan dalam menyampaikan isi pengajaran di bilik darjah secara tersusun dan bersistematik. Malahan, guru juga berupaya untuk menggunakan Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) bagi membantu menerangkan sesuatu konsep kepada para pelajar ketika di dalam bilik darjah ataupun di dalam bengkel. Selain itu, elemen pengetahuan juga dapat dilihat dengan mengenalpastii bagaimana seseorang itu menggunakan dan mengembangkan buah fikirannya dengan baik, bersistemamtik, efektif, efisien, kreatif dan inovatif. Lantaran itu, sekiranya seseorang individu itu dapat berfikir dan memahami dengan cermat dan tepat, ini juga akan membantu individu tersebut membuat pentaksiran atau perkiraan serta dapat membuat keputusan yang tepat ketika sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

     Sebagai warga guru yang sentiasa kompeten dengan kerjaya mereka, mereka perlu menjaga nilai profesion ini supaya dapat menjaga nama baik perguruan dan dipandang mulia serta dihormati oleh masyarakat sekeliling. Antara aspek lain yang perlu ada bagi memenuhi kompetensi guru adalah dari aspek sikap. Setiap guru perlulah mempunyai sikap dan peribadi yang mulia supaya dapat menjadi contoh yang baik kepada para pelajar. Guru juga haruslah bijak mengawal emosi diri ketika berhadapan dengan pelajar serta mempunyai sikap peribadi yang matang semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.


Rujukan

Fauzi, I. (2008). Model Kompetensi : Wajarkah Sektor Awam Meniru Sektor Swasta. Jabatan Perkhidmatan Awam.

Mok, S. S. (2003). UKELP Bahagian C : Inventori Sahsiah Keguruan (3rd). Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PJMS3013 Latihan Kecergasan Fizikal - Periodisasi Latihan (Tugasan 2)