BAB 10 : Cabaran Profesionalisme Keguruan

10.1 Isu dan Cabaran Profesionalisme Keguruan

 Guru Pendidikan Khas

Pendidikan khas di Malaysia telah mendapat perhatian semua pihak apabila Akta Pendidikan 1996 menyatakan, program pendidikan khas di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan layak diikuti oleh murid dengan keperluan khas yang boleh dididik, iaitu;

“Jika dia mampu menguruskan diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan disahkan oleh suatu panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai daripada Kementerian Pendidikan dan pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikut program pendidikan kebangsaan.”

Sehubungan dengan itu, pendidikan khas di Malaysia pada masa kini adalah di bawah tanggungjawab empat kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak yang cacat fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik atau terencat. Manakala Kementerian Kesihatan pula bertanggungjawab menyaring dan mengenalpasti kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko. (Jamila K.A Mohamed, 2006).

Jamila K.A Mohamed (2006) menyatakan bahawa pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pendidikan murid dengan keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti bagi membantu murid dengan keperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup yang memuaskan.

Program Pendidikan Khas di Malaysia terdiri daripada tiga kategori yang utama iaitu Program Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran, Program Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan dan Program Pendidikan Khas Integrasi. Ketiga- tiga program ini disediakan dari peringkat prasekolah sehinggalah sekolah menengah. Disamping itu, pendidikan teknik dan vokasional juga disediakan untuk ketiga-tiga kategori ini, khususnya bagi masalah pendengaran. Malah pelajar masalah pendengaran yang berkelayakan dapat meneruskan pengajian mereka di politeknik yang menjalankan program pendidikan secara inklusif.

Ulasan

  1. Bagus...!!, Teruskan menulis. Fighting!! Penghuraian yang lebih mendalam tentang program pendidikan khas boleh dimasukkan bagi pengisian idea yang lebih menarik. ^_^

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PJMS3013 Latihan Kecergasan Fizikal - Periodisasi Latihan (Tugasan 2)