GCI1022 CABARAN DAN ISU SEMASA (KERJA KURSUS TUGASAN 1)
1.0 PENGENALAN
Politik
merupakan perkataan yang berasal dariapada bahasa Yunani iaitu “polis” yang
membawa maksud negara kota dan kemudiannya berkembang menjadi polites bermaksud
warganegara, politikos bermaksud kewarganegaraan dan politika yang bermaksud
pemerintahan negara. Namun begitu, pengertian politik ini secara umumnya
adalah proses pembentukan dan
pembahagian kekuasaan dalam masyarakat yang mewujudkan proses pembuatan
keputusan, khususnya dalam negara. Menurut F. Isjwara (1995), politik ialah
dalah satu perjuangan untuk memperoleh kekuasaan atau sebagai teknik
menjalankan kekuasaan.
Kesan daripada Perang Dunia 1 dan 2 serta Perang Dingin telah membawa kepada tiga ideologi yang berbeza iaitu kapitalisme, komunisme dan sosialisme. Walaupun perang telah pun berakhir tetapi setiap negara mempunyai pelbagai fahaman politik yang berbeza yang berasaskan kepada sistem demokrasi, kapitalisme dan nasionalisme yang disandarkan kepada kepentingan negara. Sehubungan dengan itu, landskap geo-politik antarabangsa terus dilanda ketegangan dan konflik yang sering dikaitkan dengan isu keagamaan, fahaman politik yang berbeza dan banyak lagi yang boleh berlaku bergolakan. Isu-isu politik dan konflik ini secara tidak langsung boleh menjejaskan sistem pendidikan negara.
1.1 ISU POLITIK DI EROPAH DAN IMPLIKASINYA
TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Berdasarkan
artikel yang dipetik dari Sinar Harian (4 Mac 2014) yang menyatakan Perdana
Menteri sementara Ukraine, Arseniy Yatsenyuk menuduh Rusia mengisytiharkan
perang ke atas negaranya selepas tentera Rusia menakluki wilayah autonomi
Crimea. Krisis ini dikenali sebagai Krisis Crimea yang berlaku pada Februari
2014. Crimea memiliki autonomi besar dan
perlembagaannya sendiri walaupun merupakan sebahagian daripada Ukraine.
Majoriti penduduknya berbahasa Rusia dan Ukraine hanya membentuk sepertiga jumlah
penduduk. Antara punca yang menyebabkan Ukraine mengisytiharkan perang adalah
disebabkan sekumpulan lelaki bersenjata pro-Rusia telah menawan kawasan
tersebut sebelum mengibarkan bendera Rusia. Perdana Menteri Ukraine ketika itu
menggesa Presiden Rusia, Vladimir Putin untuk memanggil semula tentera mereka
di sana. Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) pula menggesa Rusia untuk
menghentikan aktiviti ketenteraan ke atas Ukraine selepas Presiden Rusia
mendapat kelulusan parlimennya. Peperangan itu berlaku antara mereka sendiri
sehingga menyebabkan banyk nyawa terkorban. Impilkasi krisis tersebut terhadap
sistem pendidikan Malaysia adalah pelajar-pelajar yang sedang dalam pengajian
di Rusia terasa nyawa mereka terancam dan pihak kerajaan terpaksa membawa balik
semula pelajar-pelajar tersebut dan ini melibatkan kos yang banyak.
1.2 ISU POLITIK DI TIMUR
TENGAH DAN IMPLIKASINYA TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Isu politik yang berlaku di Timur Tengah ialah konflik Palestin-Israel. Konflik ini telah berlaku sejak sekian lamanya antara orang Israel dan orang Arab di Palestin. Namun sehingga kini, konflik ini masih berlanjutan walaupun terdapat banyak langkah untuk menyelesaikan konflik tetapi tiada satu pun yang berkesan. Konflik ini bermula dengan Zionis yang memulakan penghijrahan orang Yahudi Eropah secara besar-besaran ke Palestin. Penghijrahan ini menyebabkan rakyat Palestin telah mengemukakan bantahan terhadap penghijrahan zionis secara pesat ini tetapi tidak diendahkan oleh pihak British. Oleh sebab itu, konflik tersebut telah mengundang kemarahan rakyat Palestin sehinggan mencetuskan perang terhadap British tetapi ditumpaskan oleh pihak British bersama dengan Zionis. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertanggungjawab untuk mengawal keadaan yang sedang berlaku antara Israel dan Palestin. Pada 1947, resolusi perpecahan ditetapkan oleh PBB yang meletakkan Palestin di bawah mandat Zionis Yahudi dan orang Arab Palestin. Rakyat Palestin menolah pembahagian tanah mereka lalu menyebabkan Zionis melakukan keganasan terhadap rakyat Palestin sehingga rakyat Palestin terpaksa meninggalkan kawasan kediaman. Konflik ini telah memberikan implikasi terhadap sistem pendidikan Malaysia ialah telah menyebabkan pelajar-pelajar mudah terpengaruh dengan isu politik tetapi hakikatnya mereka masih dibawah umur dan mereka tidak layak untuk membincangkan isu politik.
2.0
ISU-ISU GLOBAL DAN IMPAKNYA TERHADAP PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Penganiayaan
sesuatu kaum, bangsa atau etnik merupakan isu yang sering didengari di
corong-corong media elektronik atau pun media cetak. Hal ini telah dinyatakan
dalam sejarah zaman perang dunia Kedua ketika pihak Nazi melakukan ethnic
cleansing atau penghapusan etnik Yahudi di negara Jerman. Mutakhir, penghapusan
etnik Rohingnya oleh kerajaan Myanmar pula menjadi isu yang hangat
diperkatakan.
Berdasarkan
perkembangan sejarah, Rohingnya merupakan kacukan daripada pelbagai bangsa
termasuklah Arab, Parsi, Afghanistan mahunpun Bengal dan Chittagong. Jumlah
penduduk di Rohingnya di Rakhine
dikatakan sebanyak 1.4juta orang iaitu mewakili separuh daripada jumlah
penduduk Rakhine atau pun dahulunya dikenali sebagai Arakan. Menurut Azlinariah
Abdullah dalam tulisannya “Air Mata Kesengsaraan Rohingya” (2012) menjelaskan
bahawa Arakan merupakan tumpuan utama orang Islam atau tempat persinggahan
Islam sejak abad ke-8 Masihi kerana kedudukannya yang berhampiran laut.
Kedudukannya yang terletak berhampiran dengan laut menjadi tempat persinggahan
pedagang Islam. Pedagang Arab yang singgah di Arakan sebahagiannya berkahwin
dengan masyarakat tempatan dan kemudiannya menetap di Arakan. Ini menyumbang
kepada kepadatan penduduk Islam yang tinggi di Arakan.
Antara punca konflik yang berlaku terhadap penindasan etnik
Rohingnya di Myanmar ialah penduduk Myanmar itu sendiri yang tidak mengiktiraf
kedudukan etnik Rohingnya di negara mereka sendiri. Etnik Rohingnta telah
memasuki Myanmar pada kurun ke-19 dan telah diakui kewarganegaraannya dan
kerakyatannya. Namun begitu, menurut perlembagaan Myanmar, hanya keturunan
Bengali dan anak mereka yang masuk dan tinggal di Myanmar sebelum kemerdekaan
sahaja yang diberikan oleh Britain pada 1948 yang dianggap sebagai warganegara
Myanmar. Oleh itu, warga Bengali yang tinggal di Myanmar selepas kemerdekaan
dengan secara rasminya dianggap sebagai pendatang asing dan mengancam
keselamatan negara tersebut.
Selain itu, melalui pengenalan undang-undang “Citizenship Law” di Myanmar yang telah membawa kepada penyisihan etnik Rohingnya. Ketika tahun 1982, pemerintah Junta telah memperkenalkan undang-undang ini yang mana berperanan besar dalam menafikan segala hak asasi dan kewarganegaraan terhadap etnik Rohingnya yang tinggal di Myanmar. Dalam undang-undang tersebut telah menyatakan bahawa hanya sebanyak 135 etnik undang sahaja yang diiktiraf oleh kerajaan Myanmar sebagai warganeraga di sana kecuali etnik Rohingnya.
Punca yang berikutnya ialah diskriminasi agama islam oleh penganut Buddha itu sendiri dalam kalangan penduduk di Myanmar. Perkara ini dapat dilihat apabila masjid-masjid di barat Myanmar tidak pernah diambil perhatian dan tidak diperbaiki. Menurut Moshe Yegar (1978), mereka tidak pernah ambil peduli tentang nasib kelompok minoriti lain beragama Buddha mahupun Kristian yang ditekan kerajaan pusat yang sentiasa didominasi kelompok Burma. Kedudukan umat islam di sana sangat rendah sehinggakan masjid-masjid boleh digantik dengan pagoda Buddha. Umat Islam di sana dipaksa untuk keluar dari agama Islam dan menganut agama Buddha. Masyarakat Rohingnya yang beragama Islam merupakan masyarakat kedua terbesar di Myanmar selepas agama Buddha.
2.1 IMPAK KONFLIK ETNIK ROHINGNYA TERHADAP
PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Impak yang dapat kita lihat adalah peluang pendidikan untuk
rakyat Malaysia semakin berkurang. Hal ini demikian kerana pelarian dari
Rohingnya akan diberi peluang pendidikan di Malaysia dan bukan sahaja dapat
perlindungan dan bantuan dari pihak-pihak yang lain. Perkara ini akan menyebabkan
rakyat Malaysia rasa terpinggir disebabkan perhatian banyak diberikan kepada
mangsa pelarian Rohingya. Bukan itu sahaja, banyak sekolah atau pun institut
pengajian akan dipenuhi oleh mangsa-mangsa pelarian Rohingnya yang mana mungkin
tidak akan mampu untuk menampung bilangannya. Oleh sebab itu, peluang
pendidikan kepada rakyat Malaysia akan berkurang disebabkan lambakan pelarian
etnik Rohingnya di Malaysia.
Seterusnya, impak konflik etnik Rohingnya terhadap peluang
pendidikan di Malaysia ialah pelajar dalam negara atau luar negara akan berasa
takut untuk melanjutkan pengajian bersama-sama dengan etnik Rohingnya. Hal ini
kerana, media-media telah menggelar etnik Rohingnya ini sebagai pengganas dan
disebabkan itulah ramai orang menerima anggapan itu tanpa diselidik terlebih
dahulu. Kesan daripada itu kepada sistem pendidikan negara akan rendah
disebabkan ramai pelajar dalam mahupun luar negara tidak ingin untuk
melanjutkan pelajaran di Malaysia dan secara tidak langsung taraf pendidikan di
Malaysia juga akan rendah
Namun begitu, terdapat juga impak positif iaitu penggunaan Bahasa Melayu dapat digunakan secara meluas. Berdasarkan artikel yang dipetik dalam laman web Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (5 April 2018), kanak-kanak Rohingnya terima bantuan pendidikan Arab Saudi. Perkara ini adalah untuk membela nasib mereka pada masa hadapan. Di dalam artikel tersebut jelas menyatakan lebih 160 pelajar Rohingnya mendapat pendidikan akademik dan al-Quran secara percuma di Sekolah Arab Saudi Kuala Lumpur. Pelajar-pelajar Rohingnya tersebut akan diajar mata pelajaran Bahasa Arab dan juga Bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa Melayu terhadap pelajar-pelajar Rohingnya ini merupakan salah satu untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai komunikasi dalam kehidupan mereka seharian. Secara tidak langsung, pelajar-pelajar luar negara akan menimbulkan rasa minat mereka untuk belajar Bahasa Melayu sebagai bahasa tambahan mereka.
3.0 PENUTUP
Kesimpulannya, semua pihak haruslah berganding bahu untuk
memastikan sifat keperimanusiaan dapat diterapkan dalam diri masing-masing agar
dapat mengelakkan timbulnya persegeran atau konflik yang melibat nyawa
terkorban. Cabaran kini sudah pasti akan memberikan halangan kepada pelbagai
pihak tetapi pelbagai masalah haruslah dapat diselasaikan dengan secara baik
iaitu tanpa melibatkan pertumpahan darah dan dapatlah menerima perubahan secara
positif dan terbuka oleh masyarakat dunia.
RUJUKAN
Azlinariah Abdullah (2012)
Air Mata Kesengsaraan Rohingnya. Inteam Publishing Sdn. Bhd
Intan Suria Hamzah., et.al.
(2016) Pelarian Rohingya dan isu-isu kontemporari di Malaysia. Journal of
Society and Space, 09, 11-23.
Isjwara F, (1995), Pengantar
Ilmu Politik: Bina Cipta, Bandung
Moshe Yegar. (1978). The
Muslim Of Burma. Feer, 97.
Sinar Harian (2014), Rusia, Ukraine isytihar perang (4 MAC 2014). Dimuat turun daripada http://www.sinarharian.com.my/global/rusia-ukraine-isytihar-perang-1.256550
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (5 April 2018). Kanak-Kanak Rohingnya terima bantuan pendidikan Arab Saudi. Dimuat turun daripada http://www.yadim.com.my/v2/kanak-kanak-rohingya-terima-bantuan-pendidikan-arab-saudi/
Ulasan
Catat Ulasan